SIFAT MEKANIKAL KOMPOSIT EPOKSI MONTMORILLONITE TERAWAT DIPERKUKUH CECAIR GETAH ASLI TEREPOKSIDA
Keywords:
Cecair getah asli terepoksida, montmorillonite, kekuatan hentaman, keliatan patahAbstract
Kajian ini telah dijalankan dengan menghasilkan dua sistem komposit iaitu komposit epoksi berpengisi montmorillonite (MMT) dengan dan tanpa cecair getah asli terepoksida (LENR) secara kaedah pencampuran in situ. Komposit telah di pra-matang pada tiga suhu iaitu pada suhu 30 °C, 50 °C atau 70 °C. Kedua dua sistem dimatang pada suhu 130 °Catau 140 °C. Ujian hentaman Izod dan ujian keliatan patah ke atas komposit yang dihasilkan menunjukkan peningkatan maksimum sebanyak 44% dengan penambahan MMT dan 29% peningkatan dengan penambahan getah asli terepoksida. Selain kandungan MMT, suhu pra matang 70 °Cmemberikan kesan yang ketara terhadap kekuatan hentaman dan keliatan patah sistem epoksi berpengisi MMT. Suhu pra-matang 50 °Cmerupakan suhu yang optimum dan berupaya memberikan kekuatan hentaman dan keliatan patah yang baik kepada sistem epoksi berpengisi MMT getah asli terepoksida. Suhu matang bagi kedua dua sistem tidak memberikan kesan yang ketara kepada sifat mekanikal kedua dua sistem komposit ini. Pemeriksaan mikrostruktur melalui mikroskop elektron transmisi menunjukkan MMT tertabur dengan susunan interkalasi. Peningkatan kandungan MMT melebihi 1% berat menunjukkan kehadiran taktoid dan penggumpalan silikat.
This study was conducted by producing two composite systems, namely montmorillonite-containing epoxy composites (MMT) with and without epoxidized natural rubber liquid (LENR) by in situ mixing method. The composite was pre-cure at three temperatures at 30 °C, 50 °C or 70 °C. Both systems are cured at a temperature of 130 °C or 140 °C. Izod impact test and fracture toughness test on the resulting composite showed a maximum increase of 44% with the addition of MMT and a 29% increase with the addition of epoxidized natural rubber. In addition to the MMT content, the pre-cure temperature of 70 °C has a significant effect on the impact strength and fracture toughness of the MMT-filled epoxy system. The pre-cure temperature of 50 °C is the optimum temperature and is able to provide good impact strength and fracture toughness to the epoxy system containing MMT epoxidized natural rubber. The curing temperatures of both systems do not significantly affect the mechanical properties of these two composite systems. Observation of the microstructure through the transmission electron microscope showed that MMT was dispersed in an intercalation arrangement. An increase in the content of MMT above 1% by weight indicates the presence of tactoids and silicate aggregation.
Downloads
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.