PEMANTAUAN TAHAP HINGAR SEMASA OPERASI PESAWAT SUKHOI DI NO. 11 SKUADRON

Authors

  • Mohd Rizal Hamid
  • Ahmad Faruq Mohamad Rosli
  • Kesavan Manokaran
  • Siti Shafiqa Shamira Hashin
  • Nik Mohd Dzarrin Ghifari Azmy
  • Baba Md Deros
  • Dian Darina Indah Daruis

Keywords:

PPE, noise sound level, desibel (dB), countoring, mapping, PEL

Abstract

Kesedaran terhadap bunyi bising di tempat kerja sememangnya semakin meningkat. Di pengkalan No. 11 Skuadron serta bangunan bersebelahan dengannya, pesawat Sukhoi merupakan punca utama bunyi bising atau hingar yang memberi kesan kepada pekerja dan orang awam. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kadar bunyi yang dihasilkan oleh pesawat Sukhoi ketika operasi penyelenggaraan. Pesawat Sukhoi mempunyai dua enjin yang merupakan punca bunyi bising di lapangan ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan alat pengukur bunyi mudah alih Bruel & Kjaer 2250 yang diletakkan di tengah-tengah pesawat di dalam hangar untuk mengukur bunyi pada jarak 10 meter, 50 meter, 100 meter, 500 meter, 1000 meter dan 1500 meter. Enjin pesawat tersebut beroperasi pada dua tahap, 72% RPM dan kemudiannya pada 85% RPM. Pada setiap jarak, golongan yang terdedah berbeza di mana orang awam hanya terlibat bermula dari jarak 1000 meter dan ke atas. Pekerja TUDM dan pekerja yang terlibat dengan penyelenggaraan pesawat tersebut terdedah dengan bunyi bermula dari jarak 0 meter lagi (yakni berada dibawah enjin pesawat). Data yang diperoleh dianalisa untuk menghasilkan peta hingar dan kontur hingar. Hasil daripada lakaran tersebut, tahap pendedahan hingar dapat dikenalpasti. Bunyi maksima yang telah direkodkan adalah 122 db(A) manakala yang terendah adalah 60 dB(A). Kadar bunyi yang direkodkan semakin rendah apabila jarak dari punca bunyi bertambah. Dari peta lakaran tersebut, kesan pendedahan terhadap kedua-dua pekerja dan orang awam dapat dikenalpasti. Walaupun pendedahan selama 5-10 minit sahaja setiap kali ia berlaku, tetapi ia tetap menjengkelkan (annoyance) dan untuk jangka masa panjang ia tetap dapat mengancam kesihatan mereka yang terlibat.

Awareness of occupational noise and its effects is growing. At No. 11 squadron base, Sukhoi jet was identified as the main culprit of occupational noise that affects not just the employees of the base but also civilian people in the surrounding area. The objective of the study is to identify the noise level produced by Sukhoi two-engines jet during maintenance operations. Investigations were carried out using Bruel & Kjaer 2250 sound level meter hand-analyser. Measurements were performed directly under the Sukhoi jet body and then 10 metres, 50 metres, 100 metres, 1000 metres and 1500 metres away. The jet engines could operate at two levels, at 72% RPM and at 85% RPM. The civilians are only exposed to its noise from more than 1000 metres away. The results from this study are analysed and noise mapping and noise contouring are produced which give the level of noise exposure. The maximum noise is recorded t 122dB(A) and the minimum is at 60dB(A). The farther the noise from the jet is measured, the lower the values recorded. From the noise mapping, the effects of noise exposures on both the employees at the base and the civilian at the neighbouring surrounding could be identified. Even though the exposures are only for 5-10 minutes, it is still considered as a threat. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

31-12-2020

How to Cite

Mohd Rizal Hamid, Ahmad Faruq Mohamad Rosli, Kesavan Manokaran, Siti Shafiqa Shamira Hashin, Nik Mohd Dzarrin Ghifari Azmy, Baba Md Deros, & Dian Darina Indah Daruis. (2020). PEMANTAUAN TAHAP HINGAR SEMASA OPERASI PESAWAT SUKHOI DI NO. 11 SKUADRON. Zulfaqar Journal of Defence Science, Engineering & Technology, 3(2). Retrieved from https://zulfaqarjdset.upnm.edu.my/index.php/zjdset/article/view/29

Issue

Section

Articles